Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau

Acara-acara anjuran KUS-BP


Karnival Keusahawanan Sosial PID


Karnival Keusahawanan Sosial PID ini dianjurkan pada bulan November selama dua-tahun berturut-turut 2008 & 2009, dan pada tahun 2010, diadakan pula pada pertengahan tahun pada 1 JUN hingga 11 JULAI:-
  1. 2008: Melibat seramai 10 ahli jawatankuasa termasuk dua staf sepenuh masa PID, Pn. Siti Huraizah & Cik Zaleha, serta lebih 30 anggota baru yang mendaftar sepanjang Ekspo Gerak Usahawan di Kompleks pasar awam baru di Jalan Tun Sardon, pekan Kongsi.

  2. 2009: Melibatkan lebih 50 orang anggota yang hadir ke Bengkel KUMIK KUSPID-KUMUDA di Kolej ICT, Jalan Sungai Rusa dan ratusan orang-ramai yang bersemuka dengan kru KUS-PID Balik Pulau & KUMUDA di Ekspo Karnival Riang Ria di perkarangan Masjid Barat Daya Pulau Pinang.  Sebuah makalah Minggu Keusahawanan Global juga diterbitkan oleh KUS-PID Balik Pulau sebanyak 2,000 naskah, mengumpulkan dana lebih RM20,000 untuk penganjuran pelbagai aktiviti bulan tersebut dan berikutnya

  3. 2010: PID menganjurkan Seminar Telecentre di Dewan Utama Pasar Awam Balik Pulau yang dihadiri oleh peserta termasuk dari Perlis dan Kedah.
Minggu Keusahawanan Global

Warga KUS-PID Balik Pulau turut serta bersama anggota KUS di 41 PID lain, lebih seratus entiti di Malaysia, dan puluhan ribu entiti lain di seluruh dunia menggerakkan Kempen Minggu Keusahawanan Global (MuG) ataupun "Global Entrepreneurship Week (GEW)" yang dianjurkan sejak tahun 2008 setiap bulan November.

Untuk maklumat lanjut, rujuk http://gewmalaysia.com dan http://unleashingideas.org


Make a Free Website with Yola.